Pasport dikembalikan P Uthayakumar

Pada 10 Julai 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab Aziz di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membenarkan permohonan peguam P. Uthayakumar supaya pasportnya dikembalikan bagi membolehkan beliau mendapatkan rawatan komplikasi jantung di London. Beliau turut membenarkan permohonan Uthayakumar supaya jaminannya dikurangkan daripada RM50,000 kepada RM10,000 dengan seorang penjamin.Hakim juga tidak bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa jumlah jaminan yang tinggi adalah perlu memandangkan Uthayakumar berdepan pertuduhan berikutnya di Mahkamah Sesyen Klang mengikut Akta Hasutan 1948.Peguam N. Surendran mewakili Uthayakumar manakala Timbalan Pendakwa Raya Melissa Mohd Akhir menjalankan pendakwaan.[6]